Pesara Akan Terima Pencen, Bayaran Khas Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pesara akan menerima bayaran pencen dan bayaran khas RM500 Jumaat ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), para pesara yang dibayar pencen melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terlibat mulai Jumaat ini.

Sementara bayaran khas pesara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas iaitu sebanyak RM500 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.

Dengan itu penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi Borang tuntutan pencen di kaunter bank, menurut kenyataan itu.

Para pesara yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan