Pembaharuan Pilihan Raya Boleh Dilaksanakan Sebelum Mac 2012

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Selasa mendakwa pembaharuan pilihan raya di negara ini boleh dilakukan selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.

Keyakinan itu disuarakan ahli jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah yang mempertikaikan pandangan Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa pembaharuan pilihan raya memerlukan tempoh selama setahun untuk dilaksanakan.

Menurut beliau, proses penambahbaikan itu boleh dilakukan dengan segera sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

"Kesimpulan secara keseluruhan hasil perbincangan mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya tidak memerlukan tempoh selama setahun.

"Oleh itu, kami mencadangkan agar Jawatankuasa Pemilihan Parlimen menyediakan dua laporan. Laporan pertama perlu berkaitan pembaharuan segera sebelum Mac manakala laporan jangka masa panjang dalam tempoh setahun," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Menurut Maria, jawatankuasa khas itu perlu mengkaji dan mencadangkan aspek pendaftaran pengundi secara automatik sebelum Pilihan Raya Umum akan datang di dalam laporan pertama yang perlu dibentangkan pada Mac ini.

Jelasnya, cadangan penambahbaikan pilihan raya dalam laporan pertama turut merangkumi had kelayakan mengundi diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun, penggunaan dakwat kekal, tempoh minimum berkempen selama 21 hari dan sistem undi pos diperbaharui.

"Laporan pertama berhubung pembaharuan pilihan raya mesti diselesaikan dan dibentangkan selewat-lewatnya Mac ini. Jika laporan belum selesai, Perdana Menteri tidak boleh mengadakan pilihan raya," katanya.

Maria berkata, sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih berniat untuk meneruskan pilihan raya sebelum laporan dikemukakan, tindakan itu sama sekali tidak mengendahkan tuntutan Bersih pada 9 Julai lalu.

"Tindakan itu tidak boleh diterima. Jika beliau benar-benar serius, kami sanggup menunggu pembentukan jawatankuasa khas berkenaan sehingga pembentangan bajet Oktober ini," ujarnya.

Sementara itu, Dr Wong Chin Huat yang juga salah seorang ahli jawatankuasa Bersih berkata, tindakan mengadakan pilihan raya sebelum laporan pembaharuan tersebut dilakukan akan mengundangkan padah kepada kerajaan sedia ada nanti.

"Saya yakin, beliau akan kalah jika cuba sengaja melengah-lengahkan penambahbaikan terhadap sistem pilihan raya di negara ini," katanya. Pada Isnin, Najib mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Najib berkata panel yang akan dianggotai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang itu dibentuk untuk membincangkan penambahbaikan pilihan raya di negara ini.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan