Najib Umum Dua Langkah Penting Jayakan Proses Transformasi Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dan semakan semula dasar penapisan media semalam dengan jelas mencerminkan kesungguhan beliau dalam melaksanakan proses transformasi kerajaan serta kesediaan pentadbirannya mendengar luahan hati rakyat.

Kerajaan dijangka membincangkan cadangan berhubung pembaharuan pilihan raya itu, Rabu.

Jawatankuasa berkenaan, yang dianggotai para wakil daripada Barisan Nasional dan Pembangkang, akan menyelesaikan isu yang menjadi tumpuan utama akhbar sejak beberapa bulan lepas tentang peri pentingnya proses pilihan raya di negara ini diperbaiki.

Penubuhan jawatankusa itu membuktikan keterangkuman kerajaan yang mengambil kira pandangan semua pihak serta pendiriannya yang mengamalkan ketelusan dalam sistem demokrasi di negara ini.

Keterangkuman sememangnya menjadi sebahagian daripada unsur utama pentadbiran Najib. Malah, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri beberapa tahun lepas, beliau berkata: "Kami akan perjuangkan keterangkuman bukan saja kerana ia menjadi asas bagi kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi, tetapi juga kerana ia sesuatu yang betul."

Presiden MIC dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk G. Palanivel, yang hadir ketika Najib mengumumkan dua langkah pembaharuan itu pada majlis berbuka puasa bersama media di Bernama, menyifatkan langkah pembaharuan itu sebagai tindakan berani serta boleh memperkukuhkan demokrasi di Malaysia, di samping memperbaiki persepsi pengundi terhadap kerajaan.

Ini jelas menunjukkan kesediaan kerajaan untuk mengambil kira saranan pelbagai pihak ke arah menambah baik sistem pilihan raya di Malaysia, terutama dalam menangani tuduhan kononnya wujud penipuan seperti pengundi hantu atau pengiraan berganda.

Langkah kerajaan melantik wakil daripada parti Pembangkang untuk menganggotai jawatankuasa itu dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan pengundi dalam penggubalan dasar kerana ia mengambil kira pandangan semua pihak.

Keputusan Najib untuk mengkaji semula beberapa dasar berkaitan penapisan media amat dialu-alukan pada era ini di mana maklumat mampu merentasi sempadan negara hampir sepantas pergerakan cahaya.

Perbuatan menghitamkan bahagian tertentu dalam sesebuah penerbitan yang dianggap boleh mencetuskan kemarahan pihak tertentu sudah tidak lagi sesuai pada zaman ini kerana kewujudan telefon pintar dan komputer membolehkan sesebuah makalah itu sampai kepada khalayak dalam tempoh kurang satu minit.

Sesungguhnya, dengan mendampingi orang ramai, mendengar pendapat mereka dan memiliki kesungguhan untuk berubah ke arah lebih baik, maka proses transformasi kerajaan untuk membina negara Malaysia yang lebih berjaya atas dasar keterangkuman, berada pada landasan yang tepat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan