Najib Lulus RM1 Juta Bantuan Rumah Daif Di Kalabakan

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk program bantuan zink dan papan lapis kepada rakyat daif di kawasan Parlimen Kalabakan, kata Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata urusan berkaitan pengagihan bantuan berkenaan termasuk menyeraikan nama penerima sedang dibuat bagi memastikan hanya penduduk yang benar-benar layak diberi bantuan itu.

"Selepas Hari Raya Aidilfitri ini, Wakil Rakyat akan turun padang dan pergi dari rumah ke rumah untuk melihat berapa keperluan zink dan papan lapis yang diperlukan," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan sempena Ramadan dan Hari Raya kepada anggota Persatuan Nelayan Kawasan Tawau di sini Rabu.

Ghapur berharap urusan pengagihan bantuan berkenaan akan selesai sebelum akhir tahun ini.

Katanya 200 buah rumah penduduk Kalabakan akan dibaiki untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan