Mustafa Enggan Minta Maaf

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tetap mempertahankan pendiriannya berhubung dakwaan bahawa Umno mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Malah, beliau menegaskan tidak akan meminta maaf kepada Umno seperti yang dituntut Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ir.Mohd Zin Mohamed pada Selasa.

"Saya tidak akan minta maaf. Saya tetap berpegang kepada apa yang saya katakan sebelum ini. Jadi soal minta maaf itu tidak timbul," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini Rabu.

Menurut Mustafa, beliau tegas dengan pendirian itu kerana mempunyai maklumat sahih bahawa wujud campur tangan Umno dalam tindakan JAIS menyerbu gereja berkenaan.

"Hanya saya seorang yang ada maklumat itu...itupun saya tak beritahu ahli PAS lain. Sekiranya berjumpa dengan Pengarah JAIS, Marzuki Hussin saya akan dedahkan maklumat ini kepada beliau," tegasnya.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, Isnin, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas gereja itu awal bulan ini.

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Sehubungan itu, Mohd.Zin memberi masa selama tiga hari bermula hari ini kepada Pas dan Mustafa Ali supaya memohon maaf melalui satu sidang akhbar atas dakwaan tersebut.

Jelas Mohd. Zin, kenyataan itu berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau berkata, PAS dan Mustafa akan dikenakan tindakan undang-undang di atas tuduhan tidak berasas itu.

Bagaimanapun, Mustafa memberitahu beliau bersedia untuk berdepan apa jua tindakan undang-undang akibat enggan meminta maaf.

"Saya bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana saya ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai dakwaan itu," katanya.

Awal bulan lalu, penguatkuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Terdahulu, 12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis 'Thanksgiving' di gereja itu tampil memberi keterangan di JAIS bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut pada Isnin.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan