Muhyiddin Lawat Makmal Digital Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa meluangkan masa selama satu jam melawat Makmal Digital Malaysia yang pertama.

Makmal Digital ini diwujudkan bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam semua sektor serta membina ekosistem penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam semua aspek ekonomi di negara ini.

Ia telah beroperasi sejak 22 Julai lalu dan merupakan teraju utama serta penilai kepada Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang perkenalkan oleh kerajaan tahun lalu.

Menurut Ketua Pengarah Operasi Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali, matlamat utama penubuhan makmal ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meningkatkan daya saing negara di peringkat global serta dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia pada masa hadapan.

“Makmal ini merupakan salah satu rancangan strategik kerajaan dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam semua sektor bagi menggalakkan interaksi sosial dalam bidang ICT di negara ini.

“Lima bidang yang telah dikenalpasti iaitu ekonomi, sosial, teknologi, pembangunan alam sekitar dan pentadbiran,” katanya kepada pemberita selepas menemani lawatan Timbalan Perdana Menteri di Makmal Digital Malaysia yang terletak di Akademi Latihan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Badlisham berkata, penubuhan Makmal Digital tersebut juga bakal menawarkan peluang pertama dalam bidang perniagaan, meneroka peluang dalam bidang ekonomi serta sinergi baru dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat bagi mencapai hasrat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Rangka kerja seperti ini perlu dijana dengan usaha meneroka peluang-peluang dalam bidang ekonomi dan ICT kerana ia akan dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dalam semua aspek kehidupan,” katanya.

MDeC dengan kerjasama Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) merupakan pemantau kepada Makmal Digital Malaysia. Ia akan memastikan makmal ini dapat mengumpul, menganalisis idea serta membuat rumusan sebelum pelan induk utama dibentangkan pada suku keempat tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan