Konsul Besar Malaysia Gesa Orang Melayu Di Luar Negara Bersatu - Berita Semasa | mStar

Konsul Besar Malaysia Gesa Orang Melayu Di Luar Negara Bersatu

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Konsul Besar Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya berkata adalah penting bagi orang Melayu yang tinggal di luar negara untuk bersatu dan saling bekerjasama demi kebaikan masyarakat itu.

Berucap kepada kira-kira 150 tetamu pada majlis berbuka puasa di Pusat Belia Broadmeadow di sini, beliau berkata acara seperti majlis berbuka puasa merupakan peluang baik bagi umat Islam untuk bertukar-tukar pendapat dan membincangkan pelbagai isu yang dapat meningkatkan kesejahteraan mereka.

Duta itu turut memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pendidikan dan Kebudayaan Melayu Australia (MECCA) kerana menganjurkan majlis itu dan berharap ia akan menjadi acara tahunan.

Pengasas bersama MECCA, Dr Ahmad Zaharuddin Sani, ahli akademik kehormat di Universiti Monash yang berpangkalan di Melbourne berkata beliau bersedia menggalakkan Melayu Australia untuk berinteraksi dengan masyarakat lain di negara itu.

Presiden Majlis Islam Victoria, Hyder Ghulam, berkata satu delegasi terdiri daripada masyarakat Turki dan badan-badan Islam lain turut hadir pada majlis berbuka puasa itu di mana mereka menikmati juadah yang disediakan oleh 15 kumpulan sosial dan kebajikan Melayu.

Masyarakat Melayu di Negeri Victoria, yang berjumlah kira-kira 5,000 orang menurut penyelidikan Dr Ahmad Zaharuddin, merancang untuk memiliki masjid sendiri.

Mereka mahu mengumpul A$20,000 menjelang akhir bulan ini untuk kerja-kerja awal pembinaan masjid itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan