Kes Simbah Asid, Kerajaan Perlu Kenakan Hukuman Berat

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengenakan hukuman berat terhadap pesalah kes simbah asid supaya setimpal dengan penderitaan yang ditanggung oleh mangsa, cadang Pemuda Umno pada Rabu.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Aseh berkata hukuman yang ringan akan menyebabkan suspek akan terus menjalankan aktiviti menyimbah asid kepada mana-mana indidivu, dan akan mengancam keselamatan dan nyawa mereka.

Beliau berkata mengikut undang-undang, mana-mana kes melibatkan serangan atau mencederakan mana-mana individu disiasat dan boleh dituduh di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hukuman tersebut tidak setimpal dengan kecederaan serius dan penderitaan serta trauma yang ditanggung oleh mangsa, katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa terbaru kes simbah asid di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini Rabu.

Mangsa yang berumur 20-an dan berkerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya telah disimbah asid pada 8 Ogos lepas oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya semasa sedang berada di dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut.

Lelaki yang tidak dikenali itu telah membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.

Pada 2 Mac lepas di Bangsar, lapan murid tahun enam termasuk empat murid perempuan cedera pada muka dan badan apabila terkena cecair dipercayai asid yang dibaling seorang individu tidak dikenali ketika mereka menunggu van sekolah untuk pulang ke rumah.

Polis kemudian menahan dua lelaki dipercayai suspek kejadian itu bagi membantu siasatan.

Khairun berkata kerajaan juga perlu mewujudkan sistem pendaftaran atau sistem yang merekodkan pembelian dan penjualan asid agar barangan tersebut tidak mudah diperoleh oleh mereka yang tidak bertanggunjawab.

Mengenai mangsa terbaru itu, Beliau berkata hampir keseluruhan muka mangsa melecur kerana disimbah dari jarak yang dekat, dan Pemuda Umno telah menubuhkan tabung khas bagi mengutip derma bagi membantu mangsa menjalani rawatan dan pembedahan.

Semalam Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata polis masih menyiasat kes itu dan turut meneliti rakaman CCTV di sekitar tempat kejadian, serta mengesan saksi-saksi termasuk menemuduga mangsa bagi mengenalpasti rupa bentuk fizikal suspek. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan