Kementerian Kesihatan Keluar Kompaun Lebih RM300,000 Kawal Denggi

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengeluarkan 1,003 kompaun bernilai RM348,010 khusus bagi mengawal wabak denggi melalui penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 sepanjang Julai lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata purata setiap kompaun yang dikenakan adalah RM347.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama juga 180 kes didaftar untuk tindakan mahkamah di mana 45 kes diselesaikan dengan jumlah denda keseluruhan RM24,930, iaitu purata RM554 bagi setiap denda.

Katanya jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sejak Januari hingga Julai tahun ini adalah 8,557 yang bernilai RM3,602,340 manakala jumlah kes yang didaftarkan untuk tindakan mahkamah ialah 1,073 kes dengan 667 kes diselesaikan membabitkan denda RM140,910.

Selain itu katanya 1,280 kompaun bernilai RM299,655 dikeluarkan dalam 5,663 pemeriksaan melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau pada bulan lepas, dengan nilai purata setiap kompaun RM234.11.

"Bagi tempoh Januari hingga Julai lepas pula, daripada 41,806 lawatan pemeriksaan, 8,016 kompaun dikeluarkan bernilai RM1,774,060," katanya.

Hasan berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang adalah pilihan terakhir pihaknya dalam menjaga kepentingan kesihatan awam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan