Kabinet Bincang Pembentukan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kabinet pada Rabu dijangka akan membincangkan pembentukam Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi mengkaji penambahbaikan sistem pilihan raya.

Jemaah Menteri dijangka akan menjuruskan perbincangan berkaitan terma rujukan sebelum memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai sebarang keputusan yang dicapai berkaitan jawatankuasa itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kemudian bersetuju secara prinsipnya menubuhkan jawatankuasa berkenaan.

“Maklumat terperinci mengenainya termasuk rujukan dan terma akan dibincangkan dalam Kabinet esok, kami kemudian akan memaklumkan kepad Speaker yang selepas itu akan mengambil tindakan lanjut.

“Apa yang diputuskan kerajaan ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah komitmen bagi memastikan pemilihan yang bebas dan adil. Ini merupakan keinginan Barisan Nasional (BN) dan bukan sahaja parti lain,” katanya kepada The Star di sini, Selasa.

Najib pada Isnin mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang untuk membincangkan penambahbaikan pilihan raya di negara ini.

Najib berkata jawatankuasa yang akan dibentuk dalam waktu terdekat itu adalah tindak balas proaktif kerajaan BN bagi menangani pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan pihak tertentu baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai pendapat serta polemik.

Nazri berkata, sebaik sahaja Speaker dimaklumkan, beliau secara rasmi akan memberitahu kepada BN dan pembangkang bahawa jawatankuasa itu ditubuhkan secara rasmi serta meminta calon-calon dari kedua-dua pihak.

“Kita mahu semuanya berjalan lancar supaya apabila Parlimen mula bersidang pada 3 Oktober ini, usul itu akan dibentangkan," ujarnya.

Katanya, tiada keperluan untuk memanggil sidang tergempar Parlimen kerana tempoh yang ada ini dapat digunakan untuk mengkaji isu-isu berbangkit selain skop tugasan jawatankuasa berkenaan.

“Kita boleh gunakan masa ini untuk menyiapkan segalanya sebelum Dewan Rakyat memberi lampu hijau untuk jawatankuasa itu memulakan tugas segera," jelasnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan