JPJ: 26 Peratus Bas Ekspres Diperiksa

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Sebanyak 26 peratus daripada 134 bas ekspres yang akan digunakan untuk pengangkutan sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri telah diperiksa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengarahnya Mohd Nadzri Osman berkata kesemua 35 bas itu yang akan digunakan untuk laluan dari Kuala Lumpur ke utara, selatan dan pantai timur telah diperiksa sejak dua hari lepas di empat depoh bas utama iaitu Terminal Bersepadu Selatan, Puduraya, Hentian Putra dan Hentian Duta.

Sementara jumlah bas selebihnya akan diperiksa dalam tempoh sebulan ini iaitu sehingga 14 Sept bagi memastikan bas tersebut dalam keadaan baik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan beberapa wakil dari syarikat bas express di pejabatnya di sini, Selasa.

Selain itu, seramai 145 anggota JPJ akan bertugas semasa musim Aidilfitri ini termasuk memeriksa bas di semua depoh serta data pemandu bas seperti lesen memandu dan ujian air kencing, katanya.

Beliau berkata bas yang sudah diperiksa akan dilekatkan pelekat termasuk di bahagian tayarnya sebagai tanda kepada JPJ dan pengguna bahawa bas tersebut telah diperiksa.

Mohd Nadzri berkata sementara 528 pemandu bas express yang disenaraikan oleh para pengusaha bas untuk memandu telah didapati bersih dari senarai hitam jabatan itu.

Beliau juga berkata sebarang kenderaan berat tidak dibenarkan berada di atas jalan raya di sekitar Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Ogos serta 3 dan 4 Sept ini.

"Namun dibenarkan jika ada pengecualian. Kita menghalang kenderaan tersebut berada di atas jalan raya pada tarikh berkenaan kerana tidak mahu menambahkan kesesakan sebelum dan selepas hari raya," katanya.

Mengenai perjumpaan yang pertama kali diadakan itu, beliau berkata ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemandu bas ekspres supaya mereka memandu mengikut peraturan yang ditetapkan bagi mendapatkan kadar sifar kemalangan.

"Kita akan mengadakan pertemuan berterusan sepanjang tahun apabila munculnya musim perayaan untuk mengetahui apa sahaja masalah mereka ketika memandu serta memberi cadangan apa yang patut," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan