Gangguan Bekalan Air Di Daerah Seremban Esok

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Seremban akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis, menurut Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Azlan Abdul Aziz.

Beliau berkata gangguan selama lapan jam itu dijangka bermula pukul 9 pagi berikutan kerja-kerja baikpulih dan penggantian injap dan meter alir di Kolam Imbangan Paroi-Senawang.

"Kawasan terlibat ialah kawasan industri Tuanku Jaafar, Light Industri Senawang, Taman Guru, Sri Mawar, Senawang Industri, Taman Marida, Taman Sea, Taman Sri Kasih, Sri Kamban, Taman Lily, Taman Cempaka Selatan, Taman Bukit Emas dan Senawang Jaya.

"Selain itu, Taman Merpati, Taman Kemuning, Taman Forest Heigth, Taman Desa Orkid, Alamanda, Sri Pagi, Taman Dahlia, Matahari Height, Desa Ixora, Taman Teratai, Taman Satria, Taman Melor, Senawang Commercial Park, Taman Tuanku Najihah, Taman Nuri Indah, Taman Blossom, Taman Tok Ungku, Sg. Gadut Industrial Estate dan Seremban Selatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Sementara itu, katanya gangguan selama lapan jam mulai pukul 10 pagi esok di seluruh kawasan Industri Senawang adalah berikutan kerja-kerja baikpulih dan penggantian injap serta flowmeter Syarikat Hatimuda Sdn Bhd di kawasan Industri Senawang.

Azlan berkata bekalan air akan disambung kembali selepas waktu yang dinyatakan dan ia dijangka pulih secara berperingkat, namun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh kesan pembaikan yang lebih lama.

"Kerja-kerja baik pulih dan penggantian injap dan meter alir ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil atau Non-Revenue Water. Disamping itu, kerja-kerja ini dilaksanakan bagi menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," katanya.

Katanya SAINS akan sedaya upaya mendapatkan sumber bekalan alternatif agar kawasan gangguan dapat dikurangkan.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS ditalian bebas tol 1-800-88-6982. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan