DBKL Pasang Lebih 1,000 CCTV Pantau Kesalahan Trafik

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang memasang 1,200 kamera litar tertutup (CCTV) yang canggih menjelang akhir tahun ini bagi menangani masalah kesalahan trafik di sekitar bandar raya, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

Beliau berkata pemasangan CCTV itu akan dapat membantu memantapkan sistem denda kesalahan trafik terhadap pesalah trafik di bawah kawasan seliaan DBKL.

"Melalui sistem kamera yang canggih ini, kami boleh kesan pesalah trafik yang melakukan kesalahan seperti menghalang jalan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel serahan secara elektronik "KUL Submission" di Institut Latihan DBKL di sini.

Bagaimanapun katanya pemasangan CCTV itu bergantung kepada peruntukan kewangan daripada Jabatan Perbendaharaan Negara. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan