Penerbitan Buku Baru Mencecah 16,000 Judul

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jumlah penerbitan buku baru di negara ini telah mencecah 16,000 judul pada masa ini yang membolehkan Malaysia berada pada kedudukan ke-23 daripada 110 negara di seluruh dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata walaupun negara masih berada di belakang negara jiran iaitu Vietnam dan Indonesia, namun jumlah tersebut telah menunjukkan kesungguhan penerbit tempatan untuk mencapai sasaran yang diunjurkan.

"Semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, saya telah menggesa semua penerbit tempatan sama ada dari agensi kerajaan atau swasta untuk sama-sama berusaha menerbitkan 26,000 judul buku terjemahan baru setahun.

"Jumlah yang saya unjurkan ini bukan omongan kosong semata-mata, tetapi ia bagi memenuhi nilai penerbitan buku sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara ini, yang selaras dengan saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO," katanya pada majlis pengumuman pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 di sini, Selasa.

Beliau berkata kesungguhan itu merupakan sokongan para penerbit dengan usaha kerajaan, Kementerian Pelajaran khususnya dalam merealisasikan salah satu daripada sub-NKRA Pendidikan iaitu Meningkatkan Kadar Literasi dan Numerasi (LINUS).

"Oleh itu, saya menyeru supaya para penerbit terus berusaha dengan lebih keras bagi memastikan bahan bacaan mencukupi serta penghasilan dan penerbitan buku-buku yang dapat memenuhi selera pembacaan kira-kira 27 juta rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam ucapannya berkata 130 judul Buku Sains dan Matematik telah siap diterjemahkan dan akan diterbitkan sebelum penghujung tahun ini.

Katanya 100 buah buku telah diedarkan kepada 9,980 buah sekolah di seluruh negara dan bakinya akan dikirimkan dalam masa terdekat.

SJK (Cina) Chung Hua, Sarawak telah dipilih sebagai juara bagi kategori sekolah rendah di dalam pertandingan tersebut yang julung kali diadakan bagi penghasilan video terbaik mereka bertajuk "Pertarungan Hebat Ahli Silap Mata".

Muhyiddin menyampaikan hadiah RM15,000 untuk pemenang dan RM10,000 untuk sekolah yang diwakili.

Bagi kategori sekolah menengah, ia dimenangi oleh SMK King George V, Negeri Sembilan bagi video mereka bertajuk "Terokai Tenaga Suria" dan menerima RM20,000 untuk pemenang dan RM10,000 untuk sekolah yang diwakili. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan