Muhyiddin Utus Mesej Semangat Kepada Asyraf Haziq

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji semangat Mohamed Asyraf Haziq Rossli, penuntut yang diserang dan dirompak dalam kekacauan di London baru-baru ini, kerana tidak menyimpan perasaan negatif terhadap penyerangnya selain mahu meneruskan pengajiannya.

Dalam mesej semangat yang diutuskan khas untuk Asyraf Haziq hari ini, Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melahirkan rasa dukacita atas kemalangan yang menimpa penuntut Malaysia itu memandangkan beliau baru sahaja sebulan berada di sana.

Sambil mendoakan agar Asyraf Haziq segera sembuh selepas selamat menjalani pembedahan, Muhyiddin dan isteri berkata: "Kami berbangga kerana Asyraf Haziq tabah dan berani menghadapi ujian Allah di bulan Ramadan."

Timbalan Perdana Menteri dan isteri turut mendoakan agar Asyraf Haziq dapat menjadikan pengalaman yang dilaluinya sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam menimba ilmu.

Asyraf Haziq, 20, penuntut tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan di London telah diserang dan dirompak dalam kekacauan yang berlaku di London baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan