Khalid Nafi Campur Urusan MBPJ

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan dakwaan sebuah blog papagomo.com bahawa beliau mencampuri urusan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) khusunya berkaitan khabar angin pihak berkuasa tempatan itu akan menyita Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) Khamis lepas.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, beliau tidak pernah menghubungi MBPJ dan mengarahkan supaya membatalkan operasi berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan campur tangan saya dalam pentadbiran MBPJ, malah saya tak pernah berurusan dengan MBPJ," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Sabtu lalu, papagomo menyiarkan dua salinan minit mesyuarat yang didakwa berkaitan laporan 'ops sita DUMC oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ'.

Menerusi minit berkenaan menyatakan kronologi campur tangan beberapa pemimpin pembangkang termasuk exco kerajaan negeri Selangor yang mengarahkan agar operasi menyita premis berkenaan dibatalkan.

Sebelum ini MBPJ mengesahkan bahawa DUMC dibina secara haram tanpa kelulusan pihaknya.

Sehubungan itu Khalid bersama ahli MBPJ pada Selasa membuat satu laporan polis terhadap papagomo yang didakwa memalsukan minit mesyuarat MBPJ.

"Saya juga akan fikir satu tindakan undang-undang terhadap beliau, ia satu tindakan jelas berniat jahat dan bertujuan untuk memberikan gambaran bahawa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat semua ahli politik berada di bawah kekuasaan golongan Kristian dan DAP," katanya.

Selain itu Khalid berkata, bukti jelas yang menunjukkan bahawa minit mesyuarat berkenaan adalah palsu ialah apabila papagomo menyatakan bahawa MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama berbangsa Cina mengenai kewujudan sebuah gereja haram.

"Mungkin dia tak periksa fakta, sebab DUMC tak terletak di Damansara Utama, sebaliknya terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya.

"Nampak sangat dia punya 'goreng' tidak tepat," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan