Kabin Fiber Komposit Ganti Asrama Sekolah Terbakar Di Jitra

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Kementerian Pelajaran bercadang menggunakan wang peruntukan kecemasannya untuk membina kabin fiber komposit bernilai RM1.2 juta menggantikan asrama pelajar putra Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di sini yang terbakar dua hari lepas.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata beliau akan membawa cadangan itu pada mesyuarat post-kabinet kementerian di Putrajaya pada Rabu.

"Sekiranya cadangan ini diterima, kita akan membina kabin tersebut dalam kawasan sekolah dalam masa terdekat. Kabin ini boleh menampung 100 orang dan dapat disiapkan dalam masa tiga atau empat minggu sahaja," katanya.

Beliau yang ditemui semasa melawat sekolah tersebut pada Selasa berpuas hati dengan Jabatan Pendidikan Kedah kerana bertindak proaktif dengan menjadikan gim sebagai tempat tinggal sementara termasuk mengubahsuai tandas membabitkan kos RM50,000.

Puad turut memuji badan-badan bukan kerajaan termasuk Pergerakan Putri Umno Kubang Pasu dan Perkasa yang menghulurkan bantuan berupa wang dan pakaian kepada mangsa kebakaran itu.

Seramai 71 orang penghuni asrama sekolah itu tinggal sehelai sepinggang apabila api memusnahkan empat dari enam bilik asrama dalam kejadian kira-kira 3.30 petang Ahad lepas.

Puad berkata asrama yang terbakar tidak dapat dibaikpulih dalam masa terdekat kerana perlu menunggu laporan jabatan Bomba dan Penyelamat kimia serta proses lain yang mengambil masa agak lama.

"Pembinaan kabin fiber komposit itu adalah langkah pantas supaya pelajar dapat kembali tinggal di asrama untuk menumpukan pada pelajaran," katanya dan menambah kementerian turut menggantikan buku teks yang musnah terbakar.

Malam tadi Perkasa daerah Kota Setar menyumbangkan wang tunai RM200 seorang kepada 71 pelajar terbabit.

Pengerusinya, Datuk Yusof Ismail berkata sumbangan itu bertujuan meringankan tanggungan ibu bapa pelajar terbabit bagi membeli keperluan untuk meneruskan pelajaran dan menyambut Aidilfitri dua minggu lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan