Asyraf Derma Semula Wang Dana Kepada Mangsa Rusuhan

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pelajar Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera diserang dan disamun oleh sekumpulan belia di London awal minggu lalu akan menyalurkan wang kutipan untuknya daripada orang ramai kepada mangsa lain yang terjejas akibat rusuhan di London baru-baru ini.

Bagaimanapun, Asyraf berkata, buat masa ini dia belum pasti siapa akan diberikan sumbangan itu.

Bapanya Rossli Harun yang tiba bersama isteri dan anak bongsunya di London pada Isnin turut menyokong tindakan Asyraf itu.

“Matlamat saya satu saja iaitu untuk melihat Asyraf belajar sampai habis. Biarlah dia terikat dengan Mara. Mengenai derma itu, saya rasa tidak perlu bagi kepadanya sebab dia ditanggung sepenuhnya oleh Mara,” katanya.

Rossli menambah, “dia datang ke sini bukan untuk mencari dana tetapi untuk belajar.”

“Walaupun hidup kami sederhana, saya mahu lihat anak saya berjaya. Dana itu berilah kepada orang yang lebih perlu,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Datuk Zakaria Sulong di London, pada Isnin.

Pada majlis itu, Zakaria juga menyampaikan salinan surat daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian yang menimpa Asyraf.

Lelaki yang menyerang dan menyamun telah dihadapkan di mahkamah London hujung minggu lalu.

Turut diserahkan kepada Asyraf ialah surat Perdana Menteri Britain, David Cameron yang menyuarakan rasa simpati beliau serta rasa malunya terhadap kejadian yang berlaku.

Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College dan keluarganya juga dijemput ke Parlimen British oleh Jawatankuasa Select Parlimen Britain.

Dalam pada itu, Muhyiddin memuji semangat Asyraf kerana tidak menyimpan perasaan negatif terhadap penyerangnya, selain mahu meneruskan pengajiannya.

Sambil mendoakan supaya Asyraf segera sembuh selepas selamat menjalani pembedahan, Muhyiddin dan isteri berkata: “Kami berbangga kerana Asyraf tabah dan berani menghadapi ujian Allah pada Ramadan.”

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan