KDN Isytihar 'Perang' Sindiket Eksploit Manusia

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan 'perang' terhadap sindiket yang memperdagang dan mengeksploitasi manusia di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (pati) atau Program 6P.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal ini dan akan menanganinya kerana sindiket berkenaan telah mengeksploitasi keadaan.

"Kita bekerjasama rapat dengan kerajaan Bangladesh, mengadakan perbincangan dengan pihak Indonesia, agensi-agensi risikan telah digerakkan, malah pegawai kita sendiri telah ditahan di bawah akta yang begitu serius.

"Saya minta kepada orang ramai untuk menyampaikan maklumat kepada kita kerana memang saya nak buru mereka habis-habisan," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah Imigresen di sini hari ini.

Beliau mengulas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung program 6P yang membongkar satu sindiket diketuai seorang Datuk, dipercayai memperoleh jutaan ringgit daripada warga asing tanpa mereka sedari.

Siasatan itu mendapati ribuan warga asing membayar antara RM300 dan RM2,000 kepada anggota sindiket berkenaan yang mendakwa boleh mendapatkan pengampunan dan menjadikan mereka pekerja sah di negara ini.

Ditanya dari mana sindiket itu berasal, Hishammuddin berkata ia adalah satu sindiket antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan