JKM Sarawak Agih Hampir RM60 Juta Bantuan Bulanan

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak mengagih RM59,509,617 kepada 43,940 penerima bantuan kebajikan bulanan di negeri ini sepanjang tempoh Jan-Julai lepas.

Timbalan Pengarahnya Johnny Naruddin berkata purata bayaran bantuan bulanan kepada penerima-penerima yang layak di Sarawak berjumlah sekitar RM8 juta hingga RM9 juta sebulan.

Bercakap kepada pemberita selepas satu majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri di sini semalam, beliau berkata jumlah bantuan yang akan dibayar kepada penerima menjelang akhir tahun ini dijangka mencecah lebih RM100 juta.

Kadar bantuan kebajikan bulanan diberikan kepada setiap penerima layak di Sarawak ialah antara RM60 hingga RM450 sebulan.

Seramai 200 orang penerima bantuan kebajikan dari sini hadir menerima bantuan wang tunai RM50 dan hamper dan mereka kemudian diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama ADUN Nangka, Dr Annuar Rapa'ee.

Johnny berkata sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pihaknya memperuntukkan RM609,000 untuk diagih kepada 12,180 penerima bantuan bulanan beragama Islam di Sarawak.

"Sumbangan ini adalah selain daripada bantuan bulanan yang mereka terima dan akan dimasukan ke dalam akaun masing-masing bagi membantu meringankan beban membuat persiapan hari raya," katanya.

Menurutnya sumbangan serupa juga diberikan kepada penerima yang menyambut perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Gawai Dayak dan Krismas pada setiap tahun.

Sementara itu dalam ucapannya di maljis itu beliau mengingatkan para penerima bahawa bantuan kebajikan yang diberikan bukan bersifat kekal tetapi hanya untuk tempoh satu tahun.

Menurutnya selepas semakan dibuat dan jika terdapat keperluan untuk diteruskan, bantuan akan disambung bagi tempoh setahun lagi.

Katanya langkah itu adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi penerima baru diberi bantuan kebajikan.

Beliau berkata JKM Sarawak menghentikan bantuan kepada lebih 2,400 penerima sepanjang tempoh yang sama tahun ini apabila mereka didapati tidak lagi layak untuk dibantu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan