Hadir Di Gereja: 12 Individu Islam Beri Keterangan

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: 12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis 'Thanksgiving' di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) awal bulan ini tampil memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut sumber, kesemua individu tersebut mula memberi keterangan pada pukul 10 pagi Isnin di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Ditanya adakah semua individu tersebut hadir untuk memberi keterangan, sumber tersebut mengatakan: "Ya."

Difahamkan kenyataan mereka direkodkan oleh pegawai Bahagian Pengurusan dan Penguatkuasaan JAIS.

Menurut sumber itu lagi, peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin yang mewakili 10 daripada 12 individu Muslim itu memahami situasi terbabit dan membenarkan anak guam mereka hadir memberi keterangan kepada JAIS.

“Sebelum ini, mereka sudah menerima surat untuk hadir memberi keterangan namun gagal berbuat demikian pada Selasa lalu.

"Sedangkan mereka adalah saksi kepada kes penyebaran agama bukan Islam kepada Islam, jadi kita perlu memanggil mereka untuk merekodkan kenyataan.

“Peguam mereka sudah memahami keadaan ini dan membenarkan anak guam mereka untuk hadir. Mereka boleh ditangkap jika masih gagal berbuat demikian," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Pada 3 Ogos lalu, JAIS telah menjalankan operasi memeriksa di gereja DUMC selepas mendapat maklumat kehadiran sebilangan orang Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Ketika pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, seorang penceramah dikatakan sedang menyampaikan ucapan dengan menyelit bacaan ayat al-Quran dan juga terdapat dakwaan yang mengatakan adanya aktiviti lain yang meragukan.

Mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 jika didapati bersalah.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan