Rakyat Malaysia Perlu Sokong Lee Chong Wei, Kata Najib

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua rakyat Malaysia menyokong pemain badminton Nombor Satu Dunia Datuk Lee Chong Wei pada peringkat akhir kejohanan dunia pertamanya, Ahad.

Dalam Twitternya, Najib berkata beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), telah bercakap dengan Chong Wei untuk memberikan sokongan mereka.

"Semua rakyat Malaysia perlu menyokong Lee Chong Wei di peringkat akhir Kejohanan Dunia hari ini. Saya dan isteri saya telah bercakap dengannya untuk memberikan sokongan kami," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada perseorangan pertama negara itu kerana berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Chong Wei hanya perlu mengekalkan prestasi cemerlang yang dipamerkan sepanjang kejohanan untuk meraih gelaran "Jaguh Badminton Dunia BWF 2011".

"Saya yakin semangat untuk menang Chong Wei semakin membara setelah berjaya melepasi rintangan sejak enam tahun lalu. Dikenali dengan sifat tidak mudah mengalah dalam menghadapi cabaran, tentunya dia akan mempamerkan permainan terbaik sepanjang kariernya," kata Muhyiddin.

Chong Wei akan bertemu Lin Dan dari China yang mara ke peringkat akhir perseorangan lelaki selepas mengalahkan Peter Gade dari Denmark, 22-24, 21-7, 21-15 dalam masa 75 minit.

Pada peringkat separuh akhir semalam, Chong Wei mengalahkan juara bertahan Chen Jin dari China 21-13, 21-9 dalam masa 44 minit di Wembley Arena, London.

Chong Wei merupakan rakyat Malaysia kedua yang mara ke peringkat akhir perseorangan lelaki selepas Wong Choon Hann, yang berjaya berbuat demikian apabila kalah kepada Xia Xuanze dari China di Birmingham pada 2003. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan