Penggabungan Mas-AirAsia Agar Negara Dapat Bersaing Di Peringkat Global

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Penggabungan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd bertujuan memastikan kedua-dua entiti penerbangan negara mampu bersaing di peringkat global, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata langkah itu perlu dilihat daripada segi jangka masa panjang dan perkhidmatan yang dapat diselaraskan bagi menghadapi persaingan di peringkat dunia terutama pesaing dari negara Timur Tengah.

"Negara-negara tersebut yang juga pengeluar utama minyak memberikan saingan yang hebat kepada dunia kerana entiti penerbangan mereka mampu menawarkan harga tiket lebih murah berbanding entiti yang sama di seluruh dunia.

"Untuk itu, MAS dan AirAsia tidak boleh menjadi dua entiti yang bersaing antara sama lain bagi menghadapi persaingan global," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Pasaraya Mydin di Kampung Manjoi di sini, Sabtu.

Ahmad Husni berkata bagi menghadapi saingan global, kerajaan membuat keputusan menghapuskan saingan antara dua entiti penerbangan iaitu MAS dan AirAsia.

MAS kini berhadapan dengan kos operasi yang semakin tinggi dan melalui penggabungan ini, entiti syarikat itu dapat distruktur semula, katanya.

"Kita percaya dengan berdasarkan pengalaman MAS dan AirAsia, kekuatan kini boleh ditumpukan bagi mengukuhkan lagi kedua-dua entiti penerbangan negara," katanya ketika mengulas kebimbangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengenai isu itu.

Ahmad Husni menegaskan bahawa sebagai syarikat penerbangan negara, saham MAS tidak akan dijual kepada pihak luar.

Katanya 50 peratus saham MAS tetap dipegang Khazanah Nasional Berhad yang berada di bawah Kementerian Kewangan manakala 30 peratus lagi kini di bawah penguasaan beberapa agensi berkaitan kerajaan (GLC) manakala selebihnya milik pelabur tempatan.

"Tidak timbul isu saham tersebut akan terjual dan tergadai kepada pihak ketiga... saham tersebut tidak akan dikuasai oleh pihak luar sebaliknya tetap dimiliki pemegang saham tempatan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun berkata pasar raya Mydin yang sedang dibangunkan dengan kos RM50 juta itu bakal mengubah landskap perkampungan tradisional Melayu itu kepada sebuah perkampungan moden.

"Pasar raya ini kelak akan menyediakan 300 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta peluang usahawan tempatan membuka kedai sendiri di lot-lot kedai yang disediakan pemilik bangunan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan