KDN Nafi Mudah Beri PR Kepada Rakyat Asing

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Sabtu menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa pihaknya mudah memberikan taraf pemastautin tetap (PR) kepada rakyat asing.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan itu tidak berasas malah sengaja ditimbulkan parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Tuduhan ini tidak berasas kerana saya tahu dan saya yang meneliti syor-syor daripada pegawai kita. Kita meluluskan PR mengikut undang-undang. Kenapa dulu mereka (pembangkang) tidak bangkitkan perkara ini. Jadi saya mahu nyatakan bahawa ini tidak benar," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Penerangan Umno Bahagian Sembrong, Abdul Rahman Shahdan, yang menghidap penyakit kencing manis, di Felda Kahang Timur, di sini, Sabtu.

Hishammuddin, yang juga Ketua Umno Bahagian Sembrong, berkata tindakan pembangkang yang membuat pelbagai tohmahan terhadap isu pemberian PR itu jelas menunjukkan mereka bimbang dan takut dengan program tranformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata apa yang dibimbangi ketika ini adalah mudah bagi warga asing tinggal di negara ini dan atas dasar berkenaan, pihaknya melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) bagi merekodkan data mereka.

"Kita tidak mempunyai kepentingan lain. Kita terima ratusan ribu permohonan untuk ditangani dan kita akan meneruskannya walau apa jua tuduhan yang dibuat.

"Saya percaya akhirnya isu ini dapat dinilai oleh masyarakat dan minggu depan saya juga akan memberikan penjelasan lebih mendalam berhubung isu warganegara, PR dan sijil kelahiran," katanya.

Mengenai isu penyiaran artikel berbuka puasa yang memuatkan berita tentang restoran tidak halal di dalam segmen sisipan akhbar The Star, Hishammuddin meminta semua media di negara ini mengambil iktibar di atas kejadian berkenaan.

Beliau berkata sudah sampai masanya KDN bertindak tegas dalam perkara seumpamanya memandangkan ia melibatkan agama dan kaum.

"Ini bukan perkara baru kerana KDN juga pernah memanggil akhbar lain sebelum ini. Akhbar perdana mesti bertanggungjawab dan sensitif kepada semua kaum.

"Mengenai tindakan kepada The Star, biar The Star yang beritahu kepada saya, apa yang saya patut buat terhadap mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan