Kahwin Sejenis Menunjukkan Fahaman Liberal Semakin Menular - Jamil Khir

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan paderi gay rakyat Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng, untuk mengahwini 'kekasih' sejenisnya di negara ini, menunjukkan bahawa fahaman liberal yang didokong segelintir pihak semakin menular di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun tindakan itu kononnya dibuat atas dasar kebebasan hak asasi, ia satu kebebasan melampau dan boleh menjurus kepada gejala sosial lebih teruk pada masa akan datang.

"Dalam peraturan undang-undang sivil kita, berkahwin sama sejenis memang tidak dibenarkan. Sebab dalam undang-undang negara kita, lelaki mesti berkahwin dengan perempuan. Tidak boleh lelaki dengan lelaki, perempuan dan perempuan.

"Saya melihat (perkara) ini menunjukkan semakin menularnya fahaman liberal. Ia semakin berkembang di Malaysia dan fahaman liberal ini amat dibimbangi," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah surau baru Al-Hijrah di Lembah Pantai, dekat sini, Ahad.

Jamil Khir berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambil ketetapan bahawa pandangan sedemikian adalah bertentangan dan dilarang dalam konteks agama Islam. Mengulas isu Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi mencari jalan penyelesaian.

Projek pembinaan surau baru di atas tanah seluas 1.2 hektar berhampiran kediaman projek perumahan rakyat (PPR) Pantai Ria melibatkan dua fasa.

Fasa pertama membabitkan pembinaan dewan solat utama yang mampu menampung 300 jemaah pada satu-satu masa menelan belanja RM500,000 dan dijangka siap Disember ini.

Fasa seterusnya membabitkan pembinaan kompleks Sekolah Rendah Agama berharga RM6.5 juta.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan