Jakim Sedia Bincang Dengan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi menangani isu salah faham fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu.

"Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Perdana bersama Menteri di Surau Kampung Kilang Ketapan, di sini, Sabtu.

Beliau berkata isu azan itu juga wajar dibahaskan dalam perbincangan Muzakarah Fatwa agar dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Saya ada berbincang dengan Pengerusi Majlis Fatwa, hal-hal yang seperti ini elok juga dibahaskan supaya bukan hanya satu pandangan negeri, tetapi diangkat untuk pandangan semua pihak agar sebarang persoalan dapat kita putuskan dengan kebijaksanaan yang boleh berikan manfaat kepada semua umat Islam," katanya. Jamil berkata masyarakat juga perlu memahami situasi yang berlaku di Pulau Pinang itu merupakan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan ia berbeza dengan peringkat pusat.

Beliau berkata pada peringkat pusat terdapat Muzakarah Fatwa dan Majlis Fatwa yang masing-masing mempunyai peranan berbeza.

"Majlis Fatwa kita hanya bersidang pada perkara yang berkaitan dengan keperluan terutamanya oleh pihak negeri, Raja-raja (yang) memohon untuk kita membuat satu pandangan dan keputusan pada suatu hukum.

"Muzakarah Fatwa pula membincangkan beberapa perkara yang menjadi persoalan ataupun mencari hal-hal yang berlaku di kalangan umat Islam yang memerlukan kepada pandangan daripada para ulama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan