Warga London Wujudkan Laman Web Kutip Dana Bantu Asyraf

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lepas.

Laman web tersebut boleh dilayari di http://something-niceforashraf.tumblr.com.

Diwujudkan oleh warga London oleh individu yang hanya dikenali dengan panggilan, The Minimalist dengan menggunakan tagline, 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

Laman web tersebut turut melancarkan satu kutipan dana bagi membantu Muhammad Asyraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah membayar yuran pengajian Muhammad Asyraf, menaja perbelanjaan keluarga pelajar itu untuk melawatnya di London, membelikan semula barangan yang dicuri termasuk permainan video PSP, basikal dan telefon bimbit.

Laman web itu turut memaparkan video daripada YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remajaberkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.

Berdasarkan pemerhatian mStar Online, pengendali laman web berkenaan turut memaklumkan bahawa dalam tempoh beberapa hari sahaja mereka telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM20,000.

"Kita telah menerima sokongan daripada pelbagai pihak. Kami amat berterima kasih kepada semua.

"Sekiranya sumbangan yang diterima mencukupi kami akan menutup laman web ini pada 12 Ogos ini, (Jumaat)," kata pengendali laman web berkenaan.

Isnin lepas, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dandisamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa.

Rusuhan bermula di London beberapa hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar termasuk Birmingham, Liverpool, Bristol dan Manchester.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan