Rejimen Askar Wataniah Cadang Tubuh Kompeni Kaum Cina

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Rejimen 501 Askar Wataniah yang berpangakalan di Kem Sri Rajang di sini bercadang menubuhkan satu kompeni kaum Cina dianggotai kira-kira 120 pegawai dan lain-lain pangkat.

Timbalan komandernya Lt Kol Azman Mohd Yassin hari ini berkata cadangan itu bersesuaian dengan kedudukan Sibu yang mempunyai ramai penduduk Cina.

"Kami ada tiga batalion di negeri ini dalam rejimen yang terdiri daripada kira-kira 1,600 pegawai dan anggota lain-lain pangkat, kebanyakannya bumiputera. "Ramai orang Cina di Melaka dan Pulau Pinang menyertai Askar Wataniah dan oleh itu, kami ingin melihat keadaan yang sama berlaku di sini," katanya kepada pemberita di sini.

Azman berkata sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, Sarawak akan mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang mempunyai satu kompeni Askar Wataniah yang semua anggotanya terdiri daripada kaum Cina. "Kami harap dapat mengambil kira-kira 200 sukarelawan kaum Cina menjelang akhir tahun ini.

"Hari ini, kami mengambil tiga orang," katanya.

Azman berkata rejimen itu memerlukan 40 peratus sukarelawan lagi untuk memenuhi kuotanya.

Mereka yang berusia 18 hingga 45 tahun, memiliki kesihatan yang baik dan bersekolah sekurang-kurangnya hingga di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), layak dipertimbangkan untuk menganggotai rejimen itu.

"Calon yang terpilih akan diberi latihan asas ketenteraan selama sebulan dan dibayar elaun kira-kira RM800 dalam tempoh itu. "Peluang untuk naik pangkat juga ada dan mereka yang benar-benar meminati kerjaya dalam bidang ketenteraan boleh diserap ke pasukan tentera biasa selepas lima tahun," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan