Jangan Salahkan Kerajaan Jika Bantuan Tidak Diterima - Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit.

Beliau berkata kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini.

"Jangan salahkan kerajaan...selain kementerian menerusi JKM, terdapat juga banyak agensi lain yang terlibat, mana suami-suami (kepada ibu-ibu tunggal) yang mempunyai keluarga juga mesti bertanggungjawab, walaupun sudah bercerai atau berpisah," katanya.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai kementerian bertanggungjawb memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang tetapi ia tidak dapat dinikmati seorang ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapatkan makanan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata kementerian sentiasa menemui kumpulan sasar dan menghulurkan bantuan pada setiap bulan agar mereka tidak bersikap menuding jari kepada kerajaan yang prihatin kepada nasib mereka. Beliau juga kesal dengan tindakan segelintir suami yang mengamalkan budaya "lepas tangan" kepada pihak lain dalam soal memberikan nafkah kepada isteri yang ditinggalkan atau diceraikan.

"Mana bekas suami, ahli-ahli keluarga, anak-anak tidak membantu dan bersikap lepas tangan. Kalau mereka lepas tangan kepada orang lain, ia mengundang bahaya terutama ibu bapa yang tiada persaraan hidup harus dibantu...hentikan andaian (salahkan kerajaan)," katanya.

Beliau turut berpesan agar anak-anak tidak mengabaikan tanggungjawab dan mengambil tahu kebajikan terhadap ibu-bapa mereka yang telah uzur terutama pada musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Terdahulu, Shahrizat menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa barangan keperluan, juadah berbuka puasa dan duit raya kepada 325 penduduk daripada golongan kurang berkemampuan seperti ibu tunggal dan warga emas bagi kawasan Parlimen Kepong di Taman Kepong Tambahan, Bandar Manjalara di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan