Giatmara Beri Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Seramai 2,055 warga GiatMara akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 sempena sambutan Aidilfitri, kata Pengerusi GiatMara Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Beliau berkata bayaran bonus itu akan dibuat pada 19 Ogos ini membabitkan peruntukan RM2.5 juta.

"Bayaran setengah bulan gaji atau minimun sebanyak RM500 sebagai menghargai peranan dan jasa yang telah disumbangkan pegawai dan kakitangan dalam usaha meningkatkan peranan GiatMara," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata GiatMara bercadang membuka lebih banyak cawangan di perkampungan Orang Asli bagi membolehkan lebih ramai belia dan anak Orang Asli mendapat latihan kemahiran di GiatMara.

"Sehingga kini terdapat lebih 100 belia Orang Asli mengikuti pelbagai kursus dan latihan kemahiran di GiatMara seluruh negara," kata Shairuddin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Dong.

Beliau berkata peluang belia mendapat latihan serta kemahiran terbuka luas kerana GiatMara menyediakan 32 jenis kursus dan latihan kemahiran di 257 buah cawangannya di seluruh negara dengan bilangan pelatih ketika ini melebihi 5,000 orang. "Lebih 20,000 belia telah mendapat latihan di GiatMara sejak ditubuhkan 20 tahun lalu, kira kira 70 peratus daripadanya sudah pun bekerja di jabatan dan agensi kerajaan, manakala sebahagiannya menjalankan perniagaan sendiri," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan