ETS Sedia 65,800 Tiket Sambutan Hari Raya

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menyediakan 65,000 tiket kepada orang ramai bagi perjalanan ke utara dan selatan bermula 25 Ogos sehingga 6 September ini bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Presiden KTMB Berhad Dr Aminuddin Adnan berkata, tiket-tiket tersebut adalah perjalanan dari Ipoh-Kuala Lumpur, Ipoh-Seremban, Kuala Lumpur-Ipoh dan Seremban-Ipoh dengan menawarkan perjalanan sehala pada harga RM45, RM35 dan RM25.

Sehingga semalam sebanyak 13,617 tiket telah dijual dan masih terdapat baki 52,183 tiket yang boleh dibeli di kaunter KTM di Ipoh, Seremban dan Kuala Lumpur, katanya pada sidang akhbar selepas meraikan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Baitul Aini Perak di sini, Jumaat malam.

Beliau berkata, harga tiket RM25 akan dijual bermula pada 26 Ogos ini, manakala tiket RM45 dan RM35 boleh didapati sekarang di mana-mana kaunter ETS Seremban, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 1-300-88-5862. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan