Umno Kedah Harap Dapat Daftar Semua Pemilih Pada September

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mahu parti tersebut menyelesaikan proses pendaftaran pemilih baru di negeri itu selewat-lewatnya bulan depan.

Beliau berkata pada masa ini masih ramai individu yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih dan usaha harus dipergiatkan.

Berucap pada majlis sumbangan moreh kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Parlimen Alor Setar, di sini hari ini, Ahmad Bashah juga mahu sistem blok yang diperkenalkan di negeri itu baru-baru ini diperkemaskan.

"Di bawah sistem ini, seorang ketua blok yang perlu menjaga 20 buah rumah perlu melihat dan mendapatkan segala maklumat tentang isi rumah di bawah jagaannya serta menjaga kebajikan dan keperluan mereka.

"Sejauh mana pendekatan mereka dengan pengundi-pengundi itulah yang akan menentukan kemenangan parti dan bila sampai hari mengundi pastikan mereka semua keluar mengundi," katanya. Pada masa yang sama beliau mengingatkan anggota parti agar tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan nama baik Umno. "Jangan buat sesuatu yang boleh keruhkan keadaan parti sebab pilihan raya akan datang lebih mencabar dan kita kena lipat gandakan gerak kerja sebab pembangkang pun dah mula bergerak bersungguh-sungguh. "Dalam bulan puasa ini program mungkin kurang, tapi lepas puasa program kita tidak akan berhenti sehingga tiba pilihan raya dan kita kena bergerak secara lebih tersusun," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan