Tsu Koon Bidas Pihak Pertikai Kewibawaannya Pimpin Gerakan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Jumaat membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya kata Dr Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang.

"Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu...apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya di sini.

Beliau mengadakan sidang media bagi menjawab dakwaan beberapa individu termasuk bekas pemimpin Gerakan sendiri yang dilapor berkata parti itu perlu menyingkirkan pemimpin lapuk termasuk presidennya jika benar-benar mahu menawan kembali Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Dr Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi. Misalnya kata beliau, pelaburan dalam bidang pembuatan meningkat sebanyak RM40 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2008 berbanding RM20 bilion bagi tempoh 1990 hingga 1999.

Dr Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menegaskan tidak akan berdiam diri jika terus 'diserang'.

"...kita senyap kerana menumpukan perhatian pada usaha memulihkan ekonomi dan membantu masyarakat harmoni serta memperbaiki sistem politik dalam sistem pilihan raya umum, sekiranya ada serangan lagi kami akan serang balik, tidak akan berdiam diri," katanya.

Sejak kebelakangan ini, Dr Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping, serta Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan