The Star Mohon Maaf

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Akhbar The Star pada Jumaat memohon maaf secara terbuka kepada pembaca beragama Islam berhubung tersiarnya iklan dan berita mempromosikan restoran tidak halal dalam sisipan bertajuk Ramadan Delights, Rabu.

The Star amat kesal di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pembaca beragama Islam.

Pada Khamis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.

Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.

"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan