Tempoh Pendaftaran PATI Dilanjutkan Hingga 21 Ogos

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tempoh pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang sepatutnya berakhir Ahad ini dilanjutkan seminggu ke 21 Ogos.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat susulan saranan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam kepada Jawatankuasa Pelaksana Program 6P supaya tempoh itu dilanjutkan.

"Ini berikutan sambutan berterusan daripada majikan serta pekerja dan pendatang asing tanpa izin di kaunter-kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos lalu, baik di pejabat imigresen mahupun melalui syarikat pengurus yang dilantik kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Mahmood berkata kerajaan juga memutuskan bahawa setiap Pati yang mendaftar melalui syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pada pertengahan September ini.

Sehingga tamat operasi semalam, sejumlah 1,807,000 Pati dan pekerja asing sah telah direkodkan, dan daripada jumlah itu, 885,156 merupakan bagi Pendaftaran Pekerja Asing Sah.

Mahmood berkata berikutan lanjutan tarikh pendaftaran itu, pihak berkuasa negeri, agensi kerajaan dan semua pemimpin jawatankuasa sedia ada di peringkat daerah, kampung serta mukim, perlu mencari mekanisme lebih baik bagi menyampaikan maklumat mengenai program itu.

Katanya langkah itu juga akan dapat menyakinkan Pati di sekitar kawasan masing-masing untuk keluar mendaftar.

"Paling utama ialah menyakinkan mereka mengenai jaminan kerajaan bahawa tiada tangkapan akan dibuat terhadap Pati dan ia perlu dilihat sebagai peluang terakhir berbuat demikian sebelum operasi penguatkuasaan besar-besaran dimulakan sekitar November ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan