Tempoh Latihan PLKN Kekal Tiga Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tempoh latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kekal selama tiga bulan dan tidak akan dipanjangkan, kata Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe.

Beliau berkata sebelum ini ada cadangan agar tempoh itu dipanjangkan, namun setelah kajian dilakukan dan pandangan dilontarkan, tempoh tiga bulan itu didapati memadai buat masa ini.

"Baru-baru ini ada cadangan untuk memanjangkan tempoh latihan, namun setelah Majlis berbincang, kita sebulat suara bersetuju mengekalkan sistem yang ada berdasarkan beberapa faktor.

"Bagaimanapun, kita tetap memberi peluang kepada pelatih yang hendak memanjangkan tempoh latihan mereka atau mereka yang tidak terpilih tetapi ingin menyertai secara sukarela," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kedua MLKN di sini hari ini.

Dr Tiki berkata beberapa kajian telah dijalankan antaranya oleh MLKN dan beberapa universiti, dan hasil kajian mendapati dan bersetuju bahawa objektif PLKN tetap tercapai meskipun program itu berlangsung selama tiga bulan sahaja.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan cadangan memanjangkan tempoh PLK Ndikaji semula dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi selepas kajian terhadap sistem pelajaran dilakukan.

Sebelum ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tempoh latihan tiga bulan itu terlalu singkat dan tidak memadai dalam usaha membentuk sahsiah terpuji, keperibadian unggul dan memupuk semangat patriotisme di kalangan peserta.

Sementara itu, Dr Tiki berkata elaun penceramah agama bagi semua agama berlainan dalam kem latihan akan dibayar tanpa mengira jumlah peserta yang menyertai kuliah.

"Sebelum ini, elaun hanya dibayar sekiranya satu kelas lebih daripada 25 orang yang menyebabkan kita kekurangan penceramah agama terutamanya untuk pelatih India dan Cina. Tetapi kini, meskipun hanya ada lima orang sahaja, elaun tetap akan dibayar," katanya.

Pada 10 Sept ini seramai 60,000 remaja yang lahir pada tahun 1993 akan menyertai kumpulan ketiga Siri Ke-8 PLKN tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan