Saya Ikut Pintu Depan - Mismah

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warganegara yang hanya dikenali sebagai Mismah kerana didakwa mendapatkan kewarganegaraan dalam tempoh empat jam akhirnya berjaya dijejaki oleh media.

Dia turut menafikan dakwaan memperoleh kerakyatan dengan mudah yang sebelum ini dikaitkan dengan dirinya, terutamanya oleh pihak pembangkang.

"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Wanita yang berasal dari Bawaen, Indonesia pada mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan dia mendapat 'kerakyatan pintu belakang'.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa status kerakyatan ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara) dalam tempoh empat jam sahaja.

Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.

"Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu," katanya lapor Sinar Harian pada Jumaat.

Mismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.

Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah berkata, dia masuk secara sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.

Selepas itu dia terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.

Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun - 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.

Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan