PM Berbuka Puasa Bersama 1,000 Tetamu Di Seri Perdana - Berita Semasa | mStar

PM Berbuka Puasa Bersama 1,000 Tetamu Di Seri Perdana

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berbuka puasa bersama lebih 1,000 tetamu di kediamannya di Seri Perdana, di sini.

Mereka yang hadir terdiri daripada pemimpin-pemimpin Pemuda dan Wanita Barisan Nasional (BN), badan bukan kerajaan (NGO) belia dan kesatuan-kesatuan sekerja.

Antara yang kelihatan Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak-anak yatim dari Darul Ruqayyah, Bangi dan Darul Kifayah, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri bersama tetamu menunaikan solat Maghrib berjemaah dan kemudiannya solat Isyak dan sunat tarawih. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan