Permohonan Visa Bekerja Di UK Diperketatkan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bermula April tahun depan, mana-mana pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) yang tamat pengajian dan ingin membina kerjaya di negara itu hanya dibenarkan bekerja dalam bidang pengajian masing-masing.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles berkata, langkah itu diambil selepas Kerajaan Britain memperketatkan peraturan permohonan visa bekerja dalam kategori Tier 2 (pekerja berkemahiran) bagi rakyat asing.

"Syarat ketat itu dilakukan bagi membendung penyalahgunaan visa yang telah diluluskan dan memastikan pelajar fokus kepada pengajian semata-mata... bukannya bekerja secara sambilan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Khamis.

Menurut Kyles, hanya graduan cemerlang yang ditawarkan pekerjaan berskil tinggi dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara itu dibenarkan untuk terus menetap di sana.

"Bagi pelajar yang sudah tamat pengajian dan bercadang untuk bekerja di luar bidang pengajian mereka, saya sarankan mereka supaya kembali ke negara asal. Hanya pelajar cemerlang berpeluang untuk memohon permit kerja dalam kategori Tier 2 (pekerja berkemahiran)," ujarnya.

Kyles berkata, kira-kira 13,500 pelajar Malaysia mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di UK setakat ini sekaligus mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Dalam perkembangan lain, beliau turut menjelaskan beberapa perubahan permohonan visa Tier 4 pelajar yang berkuatkuasa April lalu.

"Perubahan ini dilakukan dalam usaha mengatasi masalah penyalahgunaan visa dan meningkat penyertaan sektor berkualiti serta bernilai tinggi," katanya.,

Antara syarat baru itu termasuk pemohon perlu mengemukakan dokumen lengkap tawar pengajian daripada institusi pendidikan tinggi diiktiraf, dokumen penajaan dan kemampuan kewangan pemohon termasuk penyata akaun bank untuk menamatkan pengajian dalam tempoh tiga hingga lima tahun, bergantung kepada bidang pengajian mereka.

"Syarat baru itu bertujuan itu memastikan mereka yang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda mendapat visa dan tidak menyalahgunakan visa tersebut untuk bekerja secara haram di UK," tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai rusuhan di Timur London, Kyles berkata keadaan di beberapa bandar utama seperti Birmingham dan Tottenham berada dalam keadaan terkawal selepas kerajaan Britain mengerahkan 16,000 polis di seluruh negara itu untuk mengawal keadaan dan menamatkan keganasan jenayah.

"Bagi pelajar mahupun rakyat Malaysia di London yang masih ragu-ragu mengenai tahap keselamatan perlulah berhubung dengan kedutaan negara masing-masing untuk mengetahui perkembangan terkini," ujarnya.

Kyles juga enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar rusuhan itu berlaku sebaliknya memberitahu siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis.

Katanya, pelajar Malaysia Muhammad Asyraf yang cedera semasa rusuhan itu berada dalam keadaan baik dan sedang menerima rawatan di hospital.

"Pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke UK digalakkan untuk meneruskan niat mereka dan tidak perlu bimbang tentang insiden itu kerana keadaan semakin bertambah baik," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan