Pastikan Semua Sekolah Tiada Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes - Puad Zarkashi

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi mahu semua sekolah di negara ini mengambil tindakan segera dalam menangani pembiakan nyamuk aedes di kawasan masing-masing.

Katanya kawasan yang didapati berpotensi tempat pembiakan nyamuk aedes harus dibersihkan secara gotong-royong dan mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan untuk semburan anti nyamuk aedes.

"Langkah itu perlu diambil kerana adanya kematian seperti ini, mungkin ada beberapa premis sekolah terutama di asrama yang persekitaranya berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bantuan kepada sekolah mubaligh, di sini Jumaat.

Beliau diminta mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan semalam yang antara lain melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun di Sabah meninggal dunia akibat demam denggi minggu lepas.

Pihak sekolah bagi kes kematian itu juga dikenakan kompaun maksimum RM500 selepas didapati mempunyai kawasan pembiakan nyamuk aedes.

Mohd Puad juga tidak menafikan ada premis sekolah yang kawasan sekitarnya berada dalam keadaan semak dan sistem perparitan tidak terurus dengan baik.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri mengemukakan laporan kepadanya mengenai sekolah yang menghadapi masalah perparitan bagi membolehkan tindakan diambil segera.

Mengenai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Puad berkata seramai 178 GSTT di negeri ini sudah dipanggil semula daripada 578 yang ada, susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memanggil mereka semula.

Beliau berkata kebanyakan GSTT di negeri ini adalah siswazah dan cukup syarat kerana telah menjadi GSTT selama dua tahun dan berumur tidak lebih 35 tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan