Lapan Sekolah Mubaligh Di Sandakan Terima Bantuan Kerajaan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Lapan sekolah mubaligh di daerah ini masing-masing menerima bantuan RM50,000 dari peruntukan khas kerajaan yang disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, di sini, Jumaat.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary, SMK St Micheal, SMK Convent St Cecelia, Sekolah Kebangsaan (SK) St Gabriel, SK St Mary Convent, SK St Mary Labuk dan SK St Monica.

Puad ketika berucap pada majlis itu, berkata sekolah berkenaan adalah antara 101 sekolah mubaligh di negeri ini yang menerima peruntukan khas daripada kerajaan tersebut.

Katanya secara keseluruhan 441 sekolah mubaligh di negara ini akan menerima bantuan peruntukan khas kerajaan berjumlah RM70 juta.

"Bantuan itu adalah bukti kerajaan tidak meminggirkan sekolah bantuan kerajaan dan mubaligh yang terdapat di negara ini kerana mereka juga memberi sumbangan besar kepada pendidikan negara.

"Ada di antara sekolah itu mencatatkan rekod cemerlang termasuk sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan untuk itu kerajaan terus memberi bantuan kepada mereka termasuk dalam aspek pengurusan dan pentadbiran," katanya.

Setiausaha Lembaga Pengurusan SMK St Mary Francis Tan menyifatkan bantuan khas itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap sekolah mubaligh di negara ini.

Katanya bantuan khas itu sememangnya diperlukan untuk penyelenggaraan dan naik taraf bangunan sekolah tersebut yang masih mengekalkan bangunan lama sejak dibina pada 1950an.

Semalam, Mohd Puad menyampaikan cek bantuan yang sama kepada SK Holy Cross di daerah Beluran dan 12 sekolah mubaligh di Kota Kinabalu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan