Bukan Serbuan Hanya Pemeriksaan: JAIS

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan bahawa pegawai penguatkuasanya bersama anggota polis hanya menjalankan pemeriksaan dan bukannya serbuan di Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lepas.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata pemeriksaan yang dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah berdasarkan maklumat bahawa satu majlis berbuka puasa akan diadakan bersama majlis "Thanksgiving Dinner" di sebuah gereja.

Beliau berkata bertindak atas maklumat itu satu operasi pemeriksaan telah dijalankan bersama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam.

"Semasa operasi itu, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," katanya dalam satu kenyataan Khamis. Marzuki berkata: "Bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam.

Marzuki berkata seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Beliau juga menegaskan tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh anggota penguatkuasa JAIS pada malam itu.

Katanya JAIS merasa amat kecewa apabila banyak pihak yang menyatakan pemeriksaan itu dilakukan secara tidak beretika oleh anggota penguatkuasa JAIS.

"Selepas majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang tamat, barulah pemeriksaan dijalankan di dalam dewan majlis. Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja anggota penguatkuasa JAIS dan polis telah diarahkan keluar dari dewan tersebut oleh penganjur," katanya.

Biarpun tindakan penganjur itu seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan polis dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa mereka untuk membuat tangkapan, kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan