Utusan Catat Rugi Pra Cukai Lebih Rendah Pada Separuh Pertama Tahun Kewangan

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM9.854 juta bagi tempoh enam bulan pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2011 dengan perolehan sebanyak RM174.619 juta.

Angka itu berbanding kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM12.418 juta yang dicatatkan pada tempoh enam bulan yang sama 2010 dengan perolehan berjumlah RM155.024 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan berkata perolehan lebih tinggi dalam tempoh kajian terutamanya disumbangkan segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Bagi suku tahunan semasa, perolehan kumpulan lebih tinggi pada RM88.791 juta berbanding RM85.828 juta pada suku yang sama berakhir pada 31 Mac, 2011, terutamanya disebabkan oleh kenaikan dalam hasil pengiklanan.

Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM2.961 juta bagi suku itu berbanding kerugian sebanyak RM6.893 juta suku sebelumnya.

Menurut kumpulan, 2011 terus menyaksikan persaingan sengit bagi bahagian pasaran perbelanjaan pengiklanan (ADEX). Namun begitu, jangkaan pertumbuhan positif dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan keseluruhan perbelanjaan pengiklanan bagi tahun ini akan menyediakan peluang bagi kumpulan meningkatkan perolehan pengiklanan, kata Utusan.

Sementara itu angka Audit Bureau of Circulation (ABC) bagi tahun penuh yang berakhir pada 30 Jun, 2010, menunjukkan pengedaran akhbar harian kumpulan, Utusan Malaysia, turun 5.9 peratus daripada 181,346 kepada 170,558. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan