PVTM Beri Amaran Khalid Jangan Campur Tangan Tugas JAIS

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Veteren Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) memberi amaran kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak masuk campur dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan isu pencegahan murtad sekiranya tidak memahami tugas dan tanggungjawab penguat kuasa agama itu.

Presidennya, Mohd Ali Baharom berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mana-mana pihak termasuk pemimpin pembangkang yang cuba mempersendakan kedudukan agama Islam di negara ini khususnya cubaan memurtadkan orang Islam oleh pihak agama lain.

"Kami tidak teragak-agak untuk menggempur mana-mana pemimpin pembangkang yang cuba mengaibkan, memalukan dan memecah-belahkan umat Islam.

"Kami akan terus mempertahankan kesucian Islam dan sekali lagi mengingatkan agar pihak agama lain menghormati agama Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika ditemui pemberita di pintu masuk utama bangunan SUK di sini, Khamis.

Kira-kira 50 ahli dan penyokong PVTM berkumpul dihadapan pintu masuk SUK bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap Abdul Khalid.

Memorandum berkenaan diterima oleh Pegawai Media Pejabat Menteri Besar, Tuan Nazuri Tuan Ismail.

Menerusi memorandum yang turut akan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah itu, PVTM mendesak Abdul Khalid memohon maaf secara terbuka kepada JAIS dan seluruh umat Islam di Malaysia.

Isu serbuan JAIS terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DMCU) pada 3 Ogos lalu menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid melahirkan kekesalan secara terbuka terhadap tindakan berkenaan walaupun ia dilakukan atas maklumat awam berhubung usaha memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam muhibah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan