Pelajar M'sia Yang Diserang Di London Dalam Keadaan Stabil; Laman Web Diwujudkan Sebagai Sokongan Moral

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelajar tajaan MARA, Mohd Asyraf Raziq Rosli yang cedera diserang oleh sekumpulan perusuh di London pada Selasa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Perkembangan terbaru ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang kebetulan berada di London dan berpeluang melawat Mohd Asyraf.

Pelajar itu kini sedang dirawat di Royal London Hospital kerana patah rahang. “Mohd Asyraf berada dalam semangat yang sangat tinggi walaupun cedera dan memerlukan pembedahan untuk membetulkan semula rahangnya. Dia kini sudah boleh bercakap semula.

“Bagaimanapun dia masih tidak dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai kejadian itu kerana ia berlaku terlalu pantas," kata Mukhriz.

Ibu kepada Mohd Asyraf, Maznah Abu Mansor, 47, berkata, yang dia telah dimaklumkan bahawa pembedahan yang sepatutnya dilakukan ke atas anaknya pada Rabu terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Katanya lagi, kawan anaknya, Sheikh Muhammad Faris Jamil Azhar adalah di antara pelajar Universiti Kaplan yang telah dibawa keluar dengan selamat ke Rumah Mara yang terletak di tengah bandar London.

Dalam pada itu, sebuah laman web yang dinamakan “Let’s Do Something Nice For Ashraf” (www.somethingniceforashraf.tumblr.com) telah diwujudkan sebagai tanda sokongan kepada pelajar tersebut.

Laman web itu menyeru para pelawat agar melontarkan idea apa yang perlu mereka berikan kepada Mohd Ashraf sebagai tanda sokongan moral.

Dalam perkembangan berkaitan, stesen televisyen Sky News telah melaporkan, pihak berkuasa telah mengenalpasti salah seorang penyerang Mohd Ashraf apabila imejnya dirakamkan oleh CCTV ketika kejadian itu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan