Peguam Sahkan Siasatan JAIS Adalah Berkaitan Percubaan Menukar Agama Orang Islam

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengajur majlis makan malam 'thanksgiving' yang diadakan di sebuah gereja di sini minggu lalu disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki cuba menukar agama orang Islam yang menghadiri majlis tersebut.

Perkara ini disahkan oleh peguam yang mewakili 10 daripada 12 orang Islam yang sedang disiasat oleh JAIS kerana menghadiri majlis berkenaan.

Peguam Lim Heng Seng berkata, JAIS mengesahkan perkara itu kepadanya melalui sepucuk surat yang disampaikan pada Rabu.

“JAIS memaklumkan bahawa mereka sedang melakukan siasatan berhubung satu percubaan memujuk orang Islam menukar agama mereka," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Sementara itu, Harapan Komuniti, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang turut terlibat menganjurkan majlis makan malam di Gereja Damansara Utama Methodist (DUMC) di sini, berharap insiden tersebut tidak akan berulang lagi.

Peguam kepada pertubuhan itu, Annou Xavier berkata, rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang bertanggungjawab memberi bantuan kepada mereka yang hidup melarat, miskin dan dipinggirkan tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya lagi, Harapan Komuniti merupakan sebuah pertubuhan berkonsepkan 1Malaysia yang mana anggota-anggota lembaganya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum antara lain seorang Melayu, Mohd Rahim Ithnen, Cina, Raymond Koh dan India, Sri Ram K.S. Gopal.

Koh, yang merupakan pengarah eksekutif Harapan Komuniti berkata, 120 penderma, rakan dan penerima bantuan telah menghadiri majlis berkenaan dan dihidangkan dengan jamuan yang dimasak oleh orang Islam.

Katanya, Harapan Komuniti membaca doa yang bersifat umum pada majlis tersebut di samping memberi ceramah, persembahan dan tarian 1Malaysia dan juga pertandingan kuiz.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan