K'jaan Britain Sampaikan Rasa Simpati Kepada Penuntut M'sia

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Britain melahirkan rasa sedih berhubung insiden yang menimpa seorang penuntut Malaysia yang cedera semasa rusuhan di Timur London semalam dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga mangsa.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles berkata beliau telah menyampaikan rasa simpati itu dan keprihatinan kerajaan Britain kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

"Suruhanjaya Tinggi Britain melahirkan rasa terkejut atas serangan ganas dan pengecut ke atas penuntut Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rosli.

"Kami terkejut dengan kecederaan yang dialaminya dan kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai beliau. Suruhanjaya Tinggi juga mengutuk tindakan itu," katanya kepada pemberita mengenai keadaan terkini di United Kingdom di pejabatnya di sini, Rabu.

Muhammad Asyraf, 20, seorang penuntut jurusan perakaunan tajaan Mara, diserang semasa sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa oleh para perusuh yang juga telah merompaknya.

Penuntut yang berasal dari Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

Kyles berkata, beliau tidak mempunyai laporan terkini mengenai Muhammad Asyraf dan keadaan di sana tetapi yakin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung dengannya dan status kesihatannya.

"Kita juga tahu Kementerian (Luar) Malaysia di sini sentiasa berhubung dengan keluarganya dan seperti yang saya telah katakan kami telah sampaikan simpati kami kepada keluarganya melalui Kementerian Luar dan kami amat berharap beliau lekas sembuh," katanya.

Laporan menyebut bahawa kerajaan Britain mengerahkan 16,000 polis di seluruh London untuk mengawal keadaan dan menamatkan keganasan jenayah.

Kyles berkata, peningkatan pasukan keselamatan tidak bermakna bahawa keadaan itu di luar kawalan tetapi ia merupakan bahagian penting dalam strategi untuk menamatkan segera keganasan.

"Mereka yang melakukan kesalahan itu sudah mula merasai kesan tindakan mereka dengan lebih 650 tangkapan dilakukan di London sahaja dan menyebabkan sekitar 111 individu didakwa setakat ini," katanya.

Disebalik kejadian itu, Kyles berkata Suruhanjaya Tinggi akan terus menggalakkan mereka yang merancang untuk melawat Britain tidak lama lagi atau minggu akan datang atau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di sana supaya meneruskan rancangan mereka.

"Pada masa sama, kita juga menyokong nasihat Kementerian Luar Malaysia supaya individu sentiasa berwaspada dan mengelakkan melawat kawasan yang berlaku keganasan sehingga keadaan benar-benar pulih," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan