Isu Akidah: Perkasa Ikrar Terus Sokong Pemuda PAS

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan terus menyokong pendirian Nasrudin Hassan Tantawi dalam usaha memastikan akidah umat Islam di negara ini tidak terpesong walaupun Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu bakal dikecam oleh sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

"Bulu roma saya berdiri tegak apabila membaca kenyataan Nasrudin yg menegaskan pihaknya akan mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

"Saya tunggu nak tengok apa reaksi DAP dan parti politik lain termasuk golongan liberal apabila Nasrudin menyebut darah dan nyawa.

"Apakah DAP dan MCA atau ada individu terpencil akan buat laporan polis? Roh saya bersama Nasrudin," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai sokongan atas keberanian Nasrudin yang secara terbuka menyatakan pendirian terhadap JAIS dan Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhubung serbuan terhadap sebuah gereja di Seksyen 13, Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Pada Selasa, Nasrudin menyatakan pendirian bahawa pemuda PAS Pusat menyokong usaha JAIS dan Dr Hasan mencegah gejala murtad dan memastikan akidah umat Islam sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu, Ibrahim mencabar Nasrudin supaya lebih berani menegur secara khusus pemimpin pembangkang termasuk dari DAP dan pemimpin partinya sendiri berhubung isu mempertahankan akidah umah Islam.

Katanya, Nasrudin perlu berani menyatakan pendirian tegas walaupun terhadap sekutu mereka dalam pakatan pembangkang yang didakwa mencabar kesucian Islam.

"Nasrudin jangan berkokok saja. Apa pendirian Pemuda PAS bila pihak DAP terus mencabar Islam. Kenapa membisu sebelum ini? Ahli Parlimen Bruas DAP, Ngeh (Koo Ham) juga kecam JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).

"Maka Nasrudin perlu tuju kenyataannya secara spesifik kepada pihak-pihak berkenaan termasuk pemimpin PAS sendiri," tegasnya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan