Insiden Di UK Buktikan Pentingnya Ketegasan Pihak Berkuasa Menangani Isu

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Banyak pengajaran boleh dipelajari oleh rakyat Malaysia daripada rusuhan ganas yang berlaku di London dan beberapa bandar lain di England, demikian kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, insiden itu membuktikan pentingnya satu ketetapan dan ketegasan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu secara bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini.

"Saya bersyukur apa yang melanda UK (United Kingdom) hari ini tidak berlaku di negara kita dan ini merupakan sesuatu yang kita tidak boleh ambil mudah," katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa kementerian itu di Masjid Kompleks Penjara Kajang, di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata, rakyat Malaysia kini boleh membuat perbandingan dan penilaian sendiri bagaimana polis negara kita menangani perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lepas.

Katanya, KDN memantau secara dekat keadaan di London dan bandar raya lain di United Kingdom sejak tercetusnya rusuhan di Tottenham pada Sabtu lepas dan yakin kerajaan England mampu menangani rusuhan itu.

Hishammuddin berkata, kejadian rusuhan itu turut mengingatkan kerajaan akan perkara yang perlu diberi penekanan sekiranya kerajaan ingin membuat sesuatu perubahan dalam isu-isu penting.

"Kalau kita nak melihat kepada tranformasi, dalam kita nak mengimbangi hak dan juga keselamatan negara, bila kita nak membuat perubahan dalam konteks kebebasan untuk bersuara, maka kita hendaklah ambil kira kekangan-kekangan dan juga apa yang dihadapi oleh negara-negara tertentu," katanya.

Rusuhan dan kejadian menjarah di United Kingdom tercetus pada Sabtu di Tottenham di utara London susulan tunjuk perasaan aman berhubung kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu. Insiden ganas itu kemudiannya merebak di kawasan lain di London dan bandar lain.

Isnin lepas, Muhammad Ashraf Haziq Rosli, 20, pelajar tahun pertama tajaan MARA dalam jurusan perakaunan di Kaplan College, hilang beberapa batang gigi dan patah rahang setelah diserang dan dirompak dalam satu rusuhan ketika dia serta rakannya berbasikal untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata media massa perlu sensitif dan bertanggungjawab dalam menyiarkan sesuatu berita tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Katanya, tindakan akhbar The Star yang menyiarkan artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir, tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

"Ia tak sepatutnya berlaku. Saya tengok bahawa suratkhabar-suratkhabar perlu sensitif dan bertanggunggjawab. Ia berkisar kepada perkara yang amat sensitif iaitu berhubungkait dengan agama. Kalau tidak ditangani dengan baik, kesannya akan dirasai semua," katanya lagi.

Artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk di muka depan sisipan khas Ramadan, semalam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan