Insiden Asyraf Haziq Dapat Perhatian PM Britain

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Britain, David Cameron secara peribadi menyebut insiden pelajar Malaysia dibelasah dan dirompak dalam rusuhan di London sebagai sesuatu yang memalukan dan menunjukkan ada yang tidak kena dalam masyarakat British.

Dalam insiden itu, Asyraf Haziq Rosli, 20, pelajar tajaan MARA telah dibelasah dan dijarah termasuk oleh seorang budak berumur 13 tahun ketika sedang berbasikal ke rumah seniornya untuk berbuka puasa.

Insiden tersebut telah dirakamkan melalui kamera CCTC dan diulang siar berulang kali oleh stesen-stesen televisyen utama Britain sejak Selasa.

"Apabila kita semua menyaksikan bagaimana seseorang semuda remaja berusia 13 menjarah sambil ketawa dan cuba merompak (basikal kepunyaan Asyraf) dan kemudian kita menyaksikan pula sifat buruk yang menjengkelkan orang ramai berpura-pura hendak menolong seorang lelaki muda (Asyraf) yang tercedera tetapi sebaliknya merompak pemuda tersebut, ia amat jelas sekali ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita," kata Cameron di hadapan kaca televisyen yang disiarkan di seluruh negara.

Asyraf kini sedang di rawat di Royal London Hospital dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula rahangnya yang tercedera.

Insiden beliau dipukul dan dirompak itu telah mendapat perhatian di seluruh Britain dan juga dunia.

Malah beberapa laman web telah dibentuk di United Kingdom (UK) sendiri bertujuan untuk berkempen mengutip dana bagi membantu Asyraf.

Salah satu kempen yang dijalankan di UK menerusi internet ialah "somethingniceforashraf.tumblr.com" .

laman web itu berkata, ia akan mengutip dana dan derma serta menjalankan undian serta tinjauan bagaimanakah cara terbaik untuk membantu pemuda itu.

Laman web itu juga turut menghubungkan kempen mereka dengan laman sosial seperti Twitter.

Dalam perkembangan yang sama, 10 orang lagi pelajar Malaysia tajaan MARA telah dipindahkan dari kediaman mereka ke Rumah MARA di tengah London sebagai langkah berjaga-jaga.

Sejumlah 13,500 rakyat Malaysia kini sedang menuntut di UK.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan